Thursday, April 26, 2012

Somewhere Out There


Somewhere out there beneath the pale moonlight
Someone's thinking of me and loving me tonight

Somewhere out there someone's saying a prayer
That we'll find one another in that big somewhere out there

And even though I know how very far apart we are
It helps to think we might be wishing on the same bright star

And when the night wind starts to sing a lonesome lullaby
It helps to think we're sleeping underneath the same big sky

Somewhere out there if love can see us through
Then we'll be together somewhere out there
Out where dreams come true


Sudah lama saya tidak menulis perihal perasaan di sini... bukan apa, sebolehnya biar ia lenyap bersama waktu.Tapi entah kenapa sebulan kebelakangan ni, emosi saya sangat goyah... perasaan seperti lalang yang diterpa angin meliuk lentuk ke kiri dan kanan.... begitu banyak hal yang bermain di fikiran... begitu banyak hal yang harus dan perlu saya hadapi.... hinggakan kadang-kadang saya seperti buntu untuk memulainya dari mana.

Kadang-kadang saya biarkan ia larut dalam fikiran.... 

Saya seorang yang sensitif...Iya itu saya akui... tapi saya bukan seorang yang beremosi, tapi bila kebelakangan ini emosi melebihi kewarasan, membuatkan saya tertanya-tanya akan begitu banyak hal yang kadang-kadang saya belum tahu jawapannya...-

SO MANY THINGS, SO LITTLE TIME...- 

Tuesday, April 24, 2012

Terus Melangkah


Terkadang, kita sering membayangkan bentuk kehidupan seperti apakah untuk kita suatu saat nanti, bukankah kehidupan ini kelihatannya sama seperti mengemudi sampan atau bot atau kapal di tengah lautan.... terkadang dibadai sang ombak... untuk sampai ke destinasi terlalu banyak cabaran yang terpaksa ditempuh...


Tapi hidup ini terkadang bergantung dengan 'luck' juga kan?


Well, apapun kita cuma mampu merancang dan berusaha melaksanakan perancangan itu mengikut logik akal dan kewarasan...


Dalam keterujaan, ada kegusaran...dalam keseronokan ada debaran.... dalam keinginan, ada pengharapan.... 


SEBUAH KISAH BAKAL DICIPTA... semoga episodnya dipenuhi dengan watak-watak yang meriangkan... 

Thursday, April 19, 2012

Maks Barskih - TERYAYU TEBYA

TERYAYU TEBYA (LOOSING YOU)
by : Maks Barskih

Medlenno tayut pustye slova
Nervno iskusana guba
Kto-to teryaet, kto-to uĭdët
A posle iz pamyati sotrët

Ravnodushnoe taksi
zhdët segodnya odnogo
Chtoby slëzy uvezti
i ne vernutʹ yeë

YA teryayu tebya,
Teryayu tebya
YA teryayu tebya,
Teryayu tebya

Ne dumayu syeĭchas,
Zakroĭ glaza na chas.
Eto nash posledniĭ raz
Kogda ya teryayu tebya.

Nevozmozhno peredatʹ
sostoyanie vnutri,
YA segodnya poteryal
i ne bʹet·sya Bit v grudi...

YA teryayu tebya,
Teryayu tebya.
YA teryayu tebya,
Teryayu tebya.

Ne dumayu syeĭchas,
Zakroĭ glaza na chas.
Eto nash posledniĭ raz
Kogda ya teryayu tebya.

Odna sigareta i paru minut,
YA poprobuyu usnutʹ,
Kholodnye ruki laskayut menya,
YA prosto skhozhu s uma.

YA teryayu tebya,
teryayu tebya
YA teryayu tebya,
teryayu tebya,
YA teryayu tebya,
teryayu tebya,
YA teryayu tebya,
teryayu tebya...

Selain Vitas, Dima Bilan, Alsou dan Byanka... Max Barskih antara Penyanyi Russia yang paling saya suka!!Kalaula ada sahabat dari Russia kan besh? bleh mintak tolong belikan CD... huhu

...hurmmm tiba-tiba teringat MV 'Glaza Ubitsii' yang sedang saya usahakan masih terbengkalai sudah lebih 8 bulan... bila entah dapat saya siapkan... uhuk!


video

Wednesday, April 18, 2012

Crazy Little Thing Called Love

Everyone of us has someone who is hidden in the bottom of our heart.And when we think of that person, we feel like there's always a little pain inside.But we still want to keep that person.

Sudah beberapa hari saya menonton filem ini, rasa keterujaan untuk menceritakan kisah ini di sini sangat membuak-buak.Tapi disebabkan kesibukan dengan kerja dan bermacam-macam hal kehidupan menyebabkan keterujaan itu dipendamkan buat seketika...

Saya yakin setiap orang pernah merasai 'perasaan' jatuh cinta... cinta monyet kata orang.Dan saya juga yakin bahawa ia adalah antara hal-hal terindah yang menghiasi sebahagian daripada kehidupan remaja kita.Menghairankan meski selalunya cinta monyet tidak berakhir dengan 'happy ending' namun kita akan tetap akan mengingatinya sebagai sebuah kisah terindah... :)

Apa yang boleh saya katakan setelah usai menonton filem ini....?!

SAYA MENANGIS TERISAK-ISAK!

Seriously filem ini sangat menyentuh perasaan.Menonton filem ini seolah-olah mengimbau kembali akan kesemua kisah-kisah zaman hingusan,zaman di saat mula-mula mengenal cinta.Filem ini penceritaannya amat sederhana tapi cukup untuk mencuit perasaan, terlihat jujur dan dipersembahkan dengan bersahaja.Saya pasti setiap orang menonton pasti boleh 'relate' kerana ia adalah hal-hal biasa yang setiap orang pasti menghadapinya suatu waktu dulu.

Malah tidak keterlaluan saya berani katakan bahawa menonton filem ini diakhir cerita akan membuatkan kita membayangkan alangkah bagusnya andai kita diberi satu lagi peluang untuk kembali ke zaman itu, berpeluang untuk melaluinya untuk sekali lagi.... suatu keindahan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Sepanjang cerita ini bergerak dalam alunan yang lembut, saya sering menguntum senyum...melihat keletah-keletah anak-anak remaja yang baru mengenal cinta... jujur, perasaan seperti yang sama saya rasai suatu waktu dulu... meski dalam kondisi yang berbeda, namun aromanya tetap sama... menyamankan.... seperti meneguk kopi panas sambil terbau aromanya...damai bukan?! :)

Filem ini berkisah tentang Nam, seorang gadis yang tinggal bersama dengan ibu dan seorang adik perempuannya.Di sekolah dia dalam diam menyukai seorang seniornya yang bernama Shone.Disebabkan tiada keyakinan dan sering merasa rendah diri kerana tiada rupa menyebabkan dia cuma mampu melihat Shone dari kejauhan.Nam mempunyai beberapa orang teman karib yang sentiasa membantunya tanpa jemu untuk cuba mendekatkan dia dengan Shone.Semua hal dia lakukan dengan harapan agar shone menyedari kewujudannya.

Tahun demi tahun berlalu, dan akhirnya apabila tiba pada hari terakhir persekolahan, Nam mengambil keputusan untuk meluahkan juga perasaan pada Shone memandangkan mungkin selepas ini dia berkemungkinan tidak dapat lagi bertemu dengan Shone.Namun saat itu Shone kelu tanpa bicara, menyebabkan Nam sedih kerana menyangkakan bahawa Shone tidak mempunyai perasaan yang sama... bahawa semakin hari mereka semakin mendekat itu hanyalah atas dasar persahabatan dan tidak lebih dari itu.....

.....TANPA sebenarnya Nam tahu bahawa saat itu Shone kelu tidak dapat berkata apa kerana dia sebenarnya terkejut, bahawa sebenarnya dia terlah berjanji dengan sahabatnya (yang juga menyukai Nam) agar mereka tidak boleh menyukai gadis yang sama...-

Malam itu Nam menangis sepuas-puasnya mengenangkan apa yang telah berlaku selama bertahun-tahun menunggu seseorang yang tak mungkin menjadi miliknya...-

Dan SEBENARNYA, di suatu sisi lain, malam itu sewaktu di meja study, Shone mengambil sebuah buku catatan, sehelai demi sehelai halaman muka surat buku itu diselak...di buku itu penuh dengan foto-foto Nam... sejak hari pertama dia berjumpa dengan Nam dia telah mula jatuh hati..setiap foto Nam yang disnapnya secara cur-curi itu ditampalkan di buku itu berserta sisipan kata yang menyentuh rasa.Dan satu persatu memori yang terakam kemas diingatan dipaparkan satu demi satu...part inilah kemuncak pada cerita ini.Dan part inilah juga saya menangis semahu-mahunya...entah kenapa saya merasa sangat tersentuh dengan scene ini...

Saya juga suka sewaktu Nam berkata bahawa :

"meskipun cinta tidak berbalas, namun saya lebih menganggap kehadiran Shone itu sebagai satu sumber inspirasi, kerana dengan dialah saya belajar bersungguh-sungguh, kerana dia jugalah saya belajar menghias diri dan kerana dia jugalah saya menjadi seperti apa yang ada sekarang... dia telah menukar rasa cinta itu menjadi satu hal yang positif... dia inspirasi saya"

Sejujurnya begitulah kehidupan kan? hanya kerana malu dan tidak yakin untuk bersuara, menyebabkan kita kehilangan sesuatu yang berkemungkinan bisa menjadi milik kita hanya dengan bersuara, namun apakan daya...tidak semua hal yang berlaku bisa terjadi seperti apa yang kita impian...- itulah kehidupan.

Filem ini terajui oleh Mario Maurer dan Pimchanok Luevisadpaibul.Saya pernah menonton filem lakonan Mario Maurer sebelum ini seperti LOVE OF SIAM (filem ini pun bes)

Hakikatnya Filem Crazy Little Thing Called Love bukan setakat digilai di Thailand, filem remaja yang 'biasa-biasa' dan dikatakan berbajet agak rendah ini berjaya melangkah jauh hingga ke China, Taiwan, Indonesia, Korea...Philipina (setakat yang saya tahu) Populariti Mario Maurer memuncak seiring dengan boomnya filem ini...membawanya ke segenap negara(seperti yang dinyatakan di atas) bagi tujuan promosi dan sesi bertemu peminat... nah! bahasa kini bukan lagi satu halangan...andai penceritaan sesebuah filem itu bagus dan boleh menyentuh rasa, sesiapapun pasti akan suka untuk menonton.

Dan perkhabaran paling baru, Mario Maurer telah dilamar oleh syarikat perfileman besar Philipina ekoran popularitinya menerusi filem tersebut di sana.Dia khabarnya bakal berlakon sebuah filem berjudul Suddenly It's Magic disisi pelakon Erich Gonzalez.

Filem Malaysia bila agaknya nak berkembang ye, kalopun bukan diperingkat antarabangsa, palingan di rantau ASIA...hurmmm...-

p/s : Dalam tempoh seminggu saya sudah menonton filem ini sebanyak 5 kali.... menonton sambil menghayati keindahan cinta zaman sekolah...INDAH!


"Even though i don't know where he is today, what he is doing, i know that he is the one who taught me this....A CRAZY LITTLE THING CALLED LOVE"



Wednesday, April 11, 2012

Tsunami Di Aceh

11 April 2012 Malaysia bercuti umum sempena pertabalan Agong.Meski cuti umum, namun seperti biasa saya harus juga ke pejabat.Memandangkan (selalu) ada kerja yang harus diberesin.Beginilah rutin kehidupan saya, beberapa bulan ini... kerja...kerja...dan kerja.... sangat meletihkan... sehinggakan masa untuk diri sendiri pun semakin hilang... :(

Bangun seawal pagi mencuci stok baju seminggu yang terperuk di bakul baju.Mujurlah menggunakan mesin basuh.Kalau mengharapkan kudrat tangan, dah tak kuasa dah.... pheew! settle mencuci baju sempat berkemas rumah... kemudian kuar bersarapan pagi sebelum MELANGKAH GAGAH (baca : malas) ke pejabat.

Selesai kerja, petang tadi saya menuju ke Megamall, sekadar mencuci mata dan menenangkan minda dengan 'window shopin'.Leka berjalan sambil menjilat chocotop saya melihat orang ramai berpusu-pusu keluar dari mall...Saya sedikit kebingungan.Langsung bertanya kepada teman apa yang berlaku, saya turut berlari keluar melihat kebanyakan orang mendongak melihat bangunan.Saya pikir ada orang sedang cuba terjun bangunan a.k.a bunuh diri... haishhh!!

Setelah selesai menyoal siasat, rupanya berlaku gegeran gempa bumi.Betul-betul saya tak dapat rasa waktu tu...Jalan waktu itu memang sesak la dengan kereta yang berasak-asak cuba keluar.Mujurlah saya cuma bermotor....senang je mencilok kiri dan kanan jalan sambil feeling-feeling mat rempit...hehe!

Sampai di rumah saya terus menghubungi kampung bertanyakan khabar gempa.Suara ayah sayup-sayup di corong... alhamdulillah family di kampung semua baek-baek belaka.Gegaran turut di rasai sampai ke Kubang Nipah...

Sewaktu gegeran susulan berlaku, saya sedang asyik menonton tv.Agak kuat juga saya rasakan waktu itu gegarannya.Saya lihat baju yang tergantung di ampaian bergoyang-goyang...Gusar dengan keadaan itu terus saya mencapai baju dan berlari-lari kecil turun ke bawah bersama-sama kengkawan yang laen....Belum sempat mencecah tanah, gegaran tersebut sudah pun berhenti.

Saya sebenarnya masih teringat lagi gegaran 2004 yang saya rasai waktu tinggal di RPP.Itulah pertama kali saya merasa gegaran.Agak kuat dan lama....

Moga teman-teman di Aceh sana sentiasa dalam lindungan Allah.... Juga kepada pelajar-pelajar malaysia.... Aminn....-

Monday, April 9, 2012

SITI NURHALIZA - ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

Bagi sesetengah orang, kedatangan ABPBH -Anugerah Bintang Popular Berita Harian, sememangnya dinanti-nanti.Kerana menurut sesetengah orang, ia antara acara berprestij yang dianjurkan oleh akhbar Berita Harian selama ini.

Itu menurut kata orang lah, tapi entah kenapa ye, saban tahun saya melihat anugerah ini seakan semakin hilang prestijnya.... tidak keterlaluan penganjuran tahun ini adalah yang paling menyedihkan menurut saya.Sepatutnya untuk ulangtahun ke-25 majlisnya haruslah lebih gilang gemilang....sejajar dengan ulangtahun jubli perak.

Paling mengganggu tumpuan saya adalah keadaan stage/props yang kelihatan terlalu simple dan ala kadar.Namun masih boleh dikatakan sedikit baguslah jika dibandingankan dengan APM-Anugerah Planet Muzik 2011.

Saban tahun Siti Nurhaliza tidak pernah terkecuali ikut serta dalam mengadakan persembahan untuk ABPBH.Setiap tahun ada saja kejutan menarik yang dia buat.Kalau tahun lalu dia muncul dengan lagu Bukan Cinta Biasa versi K-POP, kali ini gabungan lagu FALLING IN LOVE dan QUEEN OF THE NIGHT memang sangat menarik(kalaupun bukan bagi orang lain, bagi saya cukup menarik).Malah diantara semua persembahan di dalam ABPBH 2012 Siti tetap yang paling menonjol.


Cuma sedikit terkilan beliau muncul membuat persembahan dengan waktu yang sangat terhad a.k.a pendek.Sepatutnya 'living lagend' ini diberi penghormatan untuk membuat persembahan 'beliau sendiri', bukannya secara madley bersama-sama artis lain.Apatah lagi pada malam itu buat pertama kalinya beliau dianugerahkan Anugerah Seri Perak sempena ABPBH ke-25.Seharusnyalah beliau diberi penghormatan sama seperti Datuk Sheila Majid yang mendapat anugerah sepanjang zaman untuk mempunyai slot persembahan sendiri.


Apapun, seperti tahun-tahun sebelumnya, saya cuma menonton ABPBH hanyalah kerana persembahan Dato Siti.Agaknya selepas ini kalo Dato Siti sudah tidak membuat persembahan pada acara kemuncak itu, mungkin saya sudah tiada hati lagi untuk ikutan serta menonton.


SITI NURHALIZA OWES QUEEN OF MY HEART